Isnin, 11 Januari 2010

PANITIA KH SK KESANG BINA PONDOK WAKAF UNTUK
PELAJAR

Bermula pada 8hb Disember 2009 yang lalu, Panitia KH telah membina sebuah pondok wakaf berukuran 7 kaki lebar dan 9 kaki panjang ( 7X9 kaki ) di tepi padang sekolah berhampiran jejantas. Istimewanya pondok tersebut ialah dibuat dengan menggunakan 80% bahan  terpakai yang diperolehi daripada kayu terpakai daripada bangunan lama yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan sekolah baru. Pembinaan/ pembuatan pondok wakaf ini telah diketuai oleh Cikgu Ahmad Zamri Bin Kemat ( Guru Cemerlang KH ) dengan dibantu oleh 2 orang guru lain iaitu Cikgu Samsul Bin Salleh ( Guru Data/ KH ) dan Cikgu Huzaifah Bin Ismail ( Guru Muzik ). 

Peringkat awal pembinaan pondok ialah denagan memilih kayu/ beruti dan papan terpakai yang masih boleh digunakan lagi tanpa melibatkan kos pembelian barang yang tinggi. ( gambar kiri bawah - Cikgu Samsul sedang mengukur bahan projek untuk lantai pondok wakaf menggunakan papan lama.

Pembelian zing kilang gred biasa, kayu beruti 2X2 dan rabung zing telah menelan belanja sebanyak RM 264. Bahan-bahan selebihnya adalah menggunakan kayu terbuang/ terpakai

 
Pondok wakaf yang telah hampir siap
 
Cikgu Zamri sedang memperkemaskan lagi bahagian bawah bumbung dengan membina kipas-kipas/ lubang angin untuk memberikan sistem pengudaraan di persekitaran pondok.
 
Pembinaan rak buku untuk kemudahan pelajar membaca bahan-bahan bacaan juga disediakan oleh Cikgu Zamri  di pondok wakaf ini.( gambar bawah ) pondok yang telah siap dibuat oleh Cikgu Zamri dengan bantuan 2 orang rakan guru.
 
Beginilah rekabentuk pondok wakaf yang telah siap dibina pada 16 Disember 2009 oleh Cikgu Zamri dengan bantuan rakan-rakan guru ( Cikgu Samsul & Cikgu Huzaifah. Kos membuat pondok berkeluasan 7X9 kaki ini, biasanya boleh mencecah RM 3000 ke RM 3500 ( termasuk upah ) jika menggunakan kayu biasa (jenis kayu merah).
Bagi kayu jati/ meranti kosnya boleh meningkat 3 ke 4 kali ganda kerana kayu tersebut lebih berkualiti dan tahan lama. Apa yang penting dengan sedikit kemahiran, kayu-kayu terpakai dan semangat untuk memberikan keselesan kepada para pelajar pondok-pondok wakaf seperti ini mampu dibina disetiap sekolah dengan syarat guru itu haruslah memberikan komitmen yang padu untuk membuatnya. Dua orang guru iaitu Cikgu Nurul Aminah dan Cikgu Jamilah Naemat telah menawarkan diri untuk menyumbangkan tikar getah dan carpet sementara Cikgu Samsul pula telah menawarkan diri untuk mengeluarkan sumbangan cat bagi mencantikkan pondok wakaf ini. Manakala pekerja swasta sekolah pula telah menawarkan diri untuk mengecat pondok wakaf ini sebagai sumbangan ikhlas mereka kepada pihak sekolah.


Screensaver of Fall Landscapes   Screensaver of Aquatic Landscapes 3D  Screensaver of Coral's Reef

Tiada ulasan: